Saturday, October 9, 2010

Jadilah Manusia Yang Bersyukur!!!!!

Ramai orang alpa bahawa kesyukuran yang sebenarnya melibatkan
hati, lidah dan jasad. Oleh kerana itu sedikit sangat dari
hamba-hamba Allah yang benar-benar bersyukur. Dalam surah Saba'
ayat 13 Allah berfirman ;

" Dan sedikit dari kalangan hamba-hamba KU yang bersyukur. "

Bersyukur adalah dituntut dalam semua keadaan. Jika kita
dikurniakan nikmat, kita bersyukur dengan kurniaan itu dan kita
perlu memastikan nikmat itu digunakan secara yang betul. Jika
kita diuji dengan kesusahan dan penderitaan, kita bersabar dan
pada ketika yang sama kita bersyukur kerana terdapat orang lain
yang lebih menderita daripada kita. Kita juga bersyukur kerana
kita masih hidup dan berpeluang untuk memperbaiki diri. Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Nabi bersabda,

"SESIAPA YANG MEMANDANG KEPADA DUNIA DENGAN MELIHAT KEPADA
ORANG YANG KURANG DARIPADANYA DAN DIA MEMANDANG KEPADA AGAMA
DENGAN MELIHAT KEPADA ORANG YANG LEBIH BAIK DARIPADANYA,
ALLAH (meletakkannya) DALAM GOLONGAN YANG SABAR DAN BERSYUKUR."









2 Commento:

Unknown said...

entah la...
ada masa rasa macam tak puas dengan apa yg kita ada..
padahal Allah dah berikan apa yg kita nak berbanding dengan org lain

Fazril said...

sikap manusia mmg mcm tu..tp xslh kte berubah pada lbh bersyukur :)