Sunday, June 27, 2010

Jagalah Aib Orang Lain

Dalam Surah al-Hujurat, ayat 11, Allah SWT dengan jelas melarang umat Islam dari menyatakan keaiban orang lain. Dalam ayat yang sama disebut bahawa mereka yang mengingkari larangan ini, ia menjadi fasik, maka hendaklah ia bertaubat. Larangan ini begitu penting sekali dipatuhi sehingga ia diulangi dalam ayat yang berikutnya, "... dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang...". Tidak cukupkah ayat-ayat ini memandu kita ke jalan yang benar?
Dalam pengenalan beliau mengenai Surah al-Hujurat ini, Abdullah Yusuf Ali, dalam terjemahan al-Qurannya menyebut bahawa, surah ini menyentuh tentang adab yang perlu dipatuhi oleh ahli masyarakat Islam. Selain melarang mengaibkan orang, surah ini juga memerintahkan agar: ketua dihormati, khabar angin diselidik, damaikan dua pihak yang berkelahi, manusia lain jangan dicemuh atau diperlekeh, jangan label orang dengan perkataan yang buruk, jauhi prasangka; jangan mencari salah dan keaiban manusia, jangan mengumpat dan berkenal-kenalanlah sesama manusia.
Amat malang sekali bila mana umat Islam yang telah dipandu tentang cara bagaimana untuk hidup bermasyarakat, telah tidak mengambil manfaat dari panduan itu, sebaliknya mengambil sikap yang sama sekali bertentangan dengannya.
Maka, salah siapa kalau masyarakat kita banyak cacat-celanya? Salah siapa kalau masyarakat kita tidak jauh buruk akhlaknya berbanding masyarakat Barat atau Timur yang tiada "kompas" penunjuk jalannya?
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak."

10 Commento:

Affan said...

Jazakallah.
Terima kasih atas peringatan.

:)

cawan merah said...

ye.. jaga aib orang.. huhu..

Hapiz Rahman said...

terima kasih atas peringatan,,

AJ said...

sama2 sahabatku..

si para para said...

sama samalah kita mengaja aib sendiri dan orang lain..

ASSOYFINGER67 said...

Tahniah dan terimakasih...bukan aib org jer...aib kita sendiripun berdosa diceritakan kat orang...(Cth:dulu aku kua berjudi tapi sekarang dah taubat)

AJ said...

si para para:
ye sama2 kita menutup aib kita n org len

AJ said...

assoyfinger67:
btul tu aib kita pn kita kena jaga.. yg lepas tu lepas xpyah cita kt org len

RaMa2UnGU said...

thanks for the reminder

AJ said...

ur welcme hehe