Wednesday, August 11, 2010

Maksiat DiBulan Ramadhan: adakah syaitan dibelenggu

“Apabila masuk bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahannam, serta dibelenggu  syaitan-syaitan”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.Ia adalah hadis yang sahih yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari

Berikut merupakan hadis yang selalu kita dengar disetiapkali bulan ramadhan menjelma,adakah syaitan-syaitan ini benar-benar dibelenggu??
Hadis di atas memberikan gambaran bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang bersih dari segala perlakuan maksiat manusia dan dosa.Ini kerana, punca manusia membuat angkara dan terjebak ke kancah dosa, iaitu syaitan, telah dibelenggu dan diikat.

Namun, hakikatnya yang berlaku adalah sebaliknya.Maksiat dan kemungkaran masih juga berlaku pada bulan Ramadhan.Situasi ini, pada sesetengah orang, adalah petanda bahawa syaitan masih bebas bergerak untuk menggoda dan menghasut manusia, sehingga mereka tergelincir ke lembah dosa.

Sebenarnya kita patut mengerti bahawa syaitan telah lama berada dengan kita,segala perbuatan dan tingkah laku kita yang menghampiri maksiat telah dibiasakan oleh syaitan-syaitan yang jahanam.Sungguhpun manusia berada dibulan ramadhan kebiasaan yang ditinggalkan oleh syaitan itu membawa kita melakukan maksiat, Sesungguhnya kebiasaan itu dapat dihindari dengan berpuasa.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, "Semua amalan anak-anak Adam untuknya, kecuali puasa. Kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Puasa adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa janganlah berkata keji dan berteriak-teriak, jika ada orang yang mencercanya atau memeranginya, maka ucapkanlah, 'Aku sedang berpuasa'. Demi dzat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada wangi kasturi, orang yang puasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira karena puasa yang dilakukannya."

Bagi yang sudah berumahtangga , apa yang Allah swt minta untuk diusahakan hanyalah jangan ‘bersama' di siang  hari Ramadhan. Ia kelihatan mudah, tapi jangan pelik dan hairan, amat ramai yang gagal. Memang benar, Allah swt maha mengetahui ramai manusia akan gagal dalam ujian tahan syahwat seks ini, justeru disediakan untuk manusia kaffarah bagi mereka menebus dosa, kesalahan dan kegagalan mereka.

Bagi yang belum berumahtangga, sepatutnya isu maksiat di siang Ramadhan tidak menjadi hal, kerana mereka belum berumahtangga dan belum merasa nikmat ‘bersama'. Namun, amat ramai si bujang Muslim dan Muslimah yang jatuh tewas, seburuk-buruk ketewasan itu adalah apabila mereka berzina di siang hari Ramadhan. Innalillahi wa inna ilayhi raji'un.

 يترك طعامه وشرابه وشهوته من أجلي الصيام لي وأنا أجزي به
Ertinya : "Dia meninggalkan makanannya, minumannya dan syahwatnya kerana aku (ALLAH), maka puasa khas untukKU, dan aku akan memberikan ganjaran untuknya.." ( Riwayat Al-Bukhari)

 sumber google

p/s sekadar binkisan ramadhan menjadikannya sebagai peringatanku...selamat berpuasa :)

12 Commento:

hani said...

entri yang menarik..sebagai peringatan..

Fazril said...

hani:
yer sbagai peringatan :) thanks kak hani..slmt berbuka dr aj

XYZ said...

tq Aj kerana mengingatkan.... tu la nafsu manusia sendiri... setan xde pon kita masih leh wt maksiat ermmm hi3

p/s: Aj jgn korek idong tau...

Fazril said...

Missxyz:
hehe sebagai peringatan...pada aj da semua...sb aj pun manusia biasa slalu jer lalai :)

p/s:alamak luper siot ekekeke

MuJE said...

ustaz aku dulu pernah cakap. Ibarat kita putar air dalam baldi dengan jari then bila datang 1 Ramadhan, kita angkat jari tu.. air tu terus berhenti putar tak? hehe... itulah dia strategi setan..

Fazril said...

Muje:
herm kesimpulan menarik hehe thanks sudy share :)

admin said...

nice entry tuk pringtn brsma...

Fazril said...

faizol-1:
untuk peringatan kita bersam insyaallah :)

Aesya Zealous said...

baik punya entri

Fazril said...

time kasih sudy baca :)

Kimie Hashim said...

ni bukan setan, tapi kepala hotak masing-masing macam binatang..(benci dengar kes buang bayi skang ni kan AJ)

Fazril said...

btul2..aj pun ckup xske..bguslah skang nih da ader hukuman gantung padan muka dowang..