Tuesday, August 17, 2010

Mari Kenali Jenis-Jenis Mercun


 Mercun memang dikenali dari zaman ke zaman dan saya rasakan semua orang pernah main mercun sewaktu kanak-kanak ataupun sewaktu remaja ,walaupun mercun adalah sejenis bahan letupan yang bahaya orang ramai khususnya kanak-kanak masih gemar bermain dengan mercun,apakah punca sebenar fenomena ini terjadi? bagi masyarakat islam khususnya di Malaysia bermain bunga api adalah perkara biasa walaupun kes-kes kecederaan dan kematian sering berlaku di ambang aidil fitri,namun kebiasaan ini masih tetap diteruskan umpama menjadi acara tahunan dimanakah silapnya?.


Penyekatan mercun oleh pihak berkuasa dibawah akta bahan letupan telah membawa kepada banyak rampasan terhadap barangan mercun yang dianggarkan mencecah ratusan jutaan ringgit setiap tahun,mungkin kita tidak sedar kemasukan mercun ini bukanlah atas dasar bisnes semata-mata tetapi permintaan yang tinggi oleh masyarakat Malaysia.Mungkin ibu bapa juga harus bersikap telus dalam mengawasi nak menunaikan permintaan anak-anak mereka,jangan biakan Ramadhan dan Hari Raya diselubungi dengan tangisan,walau berderai air mata darah sekalipun segalanya sudah terlambat.'Beringat sebelum kena waspada sebelum bahana'

Oklah selesai dengan intro kita berbalik pada kisah mercun hehe..mesti ramai dah lupa akan mercun nih mari kita refreshkan memori silam..meh layan jenis-jenis mercun dibawah..










hah nie mercun papan nilah antara mercun paling popular sekali
dulu pun harganya murah hehe..










Sapa yang tak tahu mercun bola nih?meh sini bagitau aj lastik dia hehe
mercun bola ni antara mercun paling bahaya dan banyak kecederaan yang
berlaku contohnye putus jari wah!tak dapatla nak salam ciun tangan mak ayah pasnih ek..












Ini adalah abang kepada mercun bola iaitu mercun telor hehe
saiznya yang lebih besar dan seakan telor membuatkan ianya
meletup dengan lebih kuat!









Ni plak mercun mancis sebab kotaknya mcm mancis dan cara nak pasang pun
mcm nyalakan mancis hehe agak lambat tuk meletup!..









Ni bukan tangan aj yer hehe erm mercun ketupat paling mudah dibuat
tetapi harus diingat mercun ketupat ni sama bahaya seperti mercun bola!










Penah tgk tak mercun kejar orang??hehe sapa2 belom tgk
dan tak tahu nilah mercun lebah...zirst!!!










Inilah mercun yang paling disukai kanak2 hehe..
mercun naga ini mengeluarkan bunyi pop!pop! seakan
bunyi bertih jagung cumanya bertih jagung xkuarkan api hehe..













hah ini mercun yang paling aj suka mse kecik2 dlu hehe
mercun lada ataupun mercun roket..klu nk men tujukan kat atas
jangan mcm aj tujukan kt lembu hehe..










Ini pulak Thuner clap,harganya agak mahal tapi bunyinya kuat membuatkan
ramai yang bermain dengan mercun nih..










Mercun paling selamat dan dibenarkan hehe
Mercun pop,sesiapa nak main silalah main dengan
mercun nih gerenti tak cedera...konpem
















Haha..nila yang paling tak digalakkan(haram) sekali meroyam buluh hehe
jgn bagi adk or anak dekat ngan menda ni fuh skali salah meletup!
batu dua la jawapnyer ekeke..

p/s amacam ada syok ka??hehe..

53 Commento:

Lagenda said...

banyak2 mercun, yang paling bawah je anak2 mak dibenarkan main!

AJ said...

Mak:
hehe mercun pop paling selamat mak hehe...yang len jgn dibagi main ekeke

jeman beragas said...

jgn main mercun...jual xpe heeee

AJ said...

jeman beragas:
hikhik..jual pun jgn subahat nmenye ekeke

ice♥ice said...

suke men mercun roket tuuu! hee..bes. tp skrg ice ade stok mercun pop je..suke baling tgh jalan mase nak g kelas..hehe :P

Khairul Azmi said...

aj ni semu koleksi peribadi aj ke??
hehe...nak buat mcmne...still ramai yg main mercun termasuk azmi..
hehe...

Cik Bucken said...

mercun ni cam dadah..lg halang, lg nak jual, lg nak maen.
raye senyap sunyila kalau xde mercun.uhuhu

AJ said...

ice:
hehe tryla baling mercun bola kompem jadi perhatian ramai..

AJ said...

khairul Azmi:
kita da besar blehla main hehe tp klu bdk kecik men mercun?? bahaya gakkan..

AJ said...

cik bucken:
'Diluah mati mak ditelan mati bapak'
mcm tulah diibaratkan mercun nie hehe..klu xmain rayer xsyok klu main ader yg cedera..

MissXYZ a.k.a Abaikan said...

mcm pakar je Aj ho3

p/s: ketua men mercun ye?

ASSOYFINGER67 said...

Singgah sebelum tadarus....mercun sebenarnya penting untuk menjadikan hariraya itu happening....cuma biasalah kalau yang tersilap langkah tu.....!!!

Afiq said...

haha tobat aku x nk men mercun da raya kali ni..bukan sebab injury, tapi sebab da bosan :D

AJ said...

Miss Xyz:
dah semestinye..dlu mmg nakal ekeke

p/s kapten dlu hehe

AJ said...

Assoy:
bg kiter yg expert nih je men assoy hehe...serang!!

AJ said...

Afiq:
tobat aj pun sme..hangus duit ekeke

Wanzie said...

pesan atuk jangan main mercun nanti dapat kelas pertama .... kat spital ler... selamat berpuasa.... dam...dim...dum... bunyi mercun

AJ said...

Wanzie:
hehe jgn sampai wat rumah kt batu dua dahla hehe..boom2..bunyik meriam..

mijie said...

banyak koleksi aj yer..btul3..jangan main mercun..nnti merana diri kan..hehe

caliph shuriken said...

dh byk tahun x main mercun ni, buang duit jaa.. ni mcm asgnmt Aj tajuk 'mercun sy' kn?!.. hukk...

krole said...

wuahhh pakar mercun rupenye AJ ni ahaks~heee..

shiyda said...

suke mercun mancis ! ehehe =p

AJ said...

mijie:
btul mijie hehe dlu2 aj pun men mercun gak ekeke

AJ said...

caliph:
btoi caliph hanguskan duit hehe tp sklali skala xslh kot ekeke..
mcm asgment?dpt A x? hehe

AJ said...

krole:
baru krole tau sapa aj ekeke..

AJ said...

shiyda:
haip!shiyda xleh men mercun..hehe

armouris said...

info tentang mercun di SIHAT SELALU - Kesan Bahan Kimia Dalam Mercun

Ustaz Love said...

Ustaz Love pernah main mercun thunder clap serang umah warden.. masa jaman kecik2 dulu.. hehe

AJ said...

armouris:
nice info..mercun msti bnyk bahan kimia hehe

AJ said...

ustaz Love:
hehe zaman dlu mmg bnyk memori ustaz hehe..nakal sgtlah hehe..

Nur Hayaty said...

fobia dengan mercun lebah,pernah dulu sepupu bakar mercun tu,then mercun tu datang ke arah saya..huhu..

AJ said...

Nur Hayaty:
hehe sb tu nmenye mercun lebah ekeke

ejum said...

bahaya2 main mercun...ada xberaya kang..:)

AJ said...

ejum:
duhai bonda duhai ayahda..ampunkan dosa anakda..yg main mercun ekeke

Nur Qistina said...

nak mercun pop pop satu kotak! hehe..

mak kata jangan main mercun lah! =p

AJ said...

Nur Qistina:
satu mercun pop2 dtg!!hehe meh senggit...

mak ckp jgn bakar duit ekeke

YOUsoF said...

Mercun lalat + bola = feveret

tapi gambar yang atas sekali sangat² tidak feveret.. ;D

AJ said...

hehe mercun bola la org pling ske..
aj guna tok halau babi hutan jer ekeke..

AJ said...

testing2..kotak komen baru hehe

RedBoy said...

hoho.. dulu tecik2 banyak gak mercun yg rb main.. hampir semua di atas rb main kecuali bola, ketupat n sekutu2nya.. hehe..

psst : testing2 gak kotak komen baru..hehe

AJ said...

Mercun bola,ketupat dan telor mmg bahaya RB hampir 50% kecederaan sb mercun nih hehe..

kema said...

haha~men bunga api ngn pop pop jer..hii~

AJ said...

kema:
bagus2 kema hehe..terbaek!

n@jwamz said...

najwa x penah maen pun sume mercun2 tuu... setakat tgk abg2 maen ade laa.... tp x join arh...takut....

diana said...

mercun pop tu untuk budak2 umo 3,4 tahun ok la..
bunyi dia pun tak kuat..
kuat bunyi kentut lagi..

AJ said...

najwam:
joinla sekali..tp men bunga api jer ek eheh

AJ said...

diana:
ahah..bgus2 mercun pop digalakkan..
jgn bg bdk 3 taun men t die masok mulut ekeke

Nur Fannun said...

mercun bola kuat giler bunyinya..sapa skit jntung xleh men.mercun gasing tak de ke?

syahrilhafiz said...

hahaha..
lama tak main mercun ni..
bila ye nak main semula..wakaka

AJ said...

nurfannun
tau xper..bahaya t putus jari hehe

AJ said...

shahrilhafiz:
hehe zaman bebudak dlu jer kita mainkan hehe skunk ni musti xder da..

anik kina said...

sedap mercun tu...mst bunyi kuat..

Anonymous said...

mercun pop juga dikenali sebagai mercun bawang di sesetengah temoat