Monday, July 5, 2010

5 Cara Pilih Sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

10 Commento:

Affan Ruslan said...

Susah nak cari kawan macam ni skg kot.
Macam para sahabat radiallahu anhuma!

kyo_9 said...

skang ni definisi kawan dah leh pecahkan kepada banyak bahagian.. antara nyer kawan dunia maya dan kawan dunia realiti~ ;)

AJ said...

Affan:
zaman dah berubah tp skurang2 kite berkawan dgn org yg baik..

AJ said...

kyo_9:
btul tu..tp sahabat tu adalah org yg plg dekat dgn kita realiti mahupun maya..

Uruchimaru @ kf said...

semoga kite temui sahabat itu!

AJ said...

insya'allah :)

NichKhun said...

o0o0 kena pilih ke?
saya tak pilih pom..
kawan je ngan sume..
last2 saya kena makan oleh kawan..
hakhakhak

AJ said...

kne mkn xpe jgn kne siksa ahaks

lazaac said...

skrg ramai kwn so-so...

gembira sama2

sedih sendiri2...

AJ said...

alhamdulillah..teruskan mencari terbaik..