Monday, July 19, 2010

SATU PENERBANGAN PERGI TAK KEMBALI..

 SATU PENERBANGAN PERGI TAK KEMBALI

Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang pamplet penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith, Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau FireFly, tetapi Al-Jenazah
Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita
Di mana bajunya bukan Jersi bola, atau setaraf dengannya tetapi kain putih kotton
Di mana pewanginya bukan Axe atau Malam Jumaat pssst!!, tetapi air mawar dan cendana
Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam
Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'
Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain
Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, sekadar kain yang diwangikan
Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Singapore Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan
Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita
Di mana pegawai imigresen adalah Munkar dan Nangkir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan
Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan
Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh
Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam yang menyala Apinya
Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya..
Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan
Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang
Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan
Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya
Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan,
anda telah hilang selera bersuka-ria
Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu
Ya! Berita Baik!!
Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda
Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini
Oleh itu bergembiralah selagi boleh! dan sekiranya anda boleh!
Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa'amaran'
Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan pergi tak kembali..

SUDAHKAN ANDA BERSEDIA??

4 Commento:

annazanariah said...

Nice entri AJ.. sesungguhnya hidup kita ni cuma pinjaman sementara. Bila tiba masanya, sampailah penerbangan kita menuju ke alam kekal diSana...

AJ said...

btul tu anna..semuanya hanya pinjaman rupa,kekayaan,pangkat tp manusia masih lg xsedar apa yang lagi penting...

zikrie said...

ya btl..x)
semoga ada kebaikan untuk semua pembaca..

AJ said...

insyaallah..moga2 begitulah :)